PANDUAN · DUITNOW

Terima bayaran DuitNow QR dalam WhatsApp

Jawapan pendek: WaRobot hantar QR DuitNow ikut jumlah tepat pesanan terus dalam chat WhatsApp sebaik pelanggan setuju nak beli. Bila pelanggan bayar, gateway pembayaran sahkan bayaran itu sendiri — pesanan bertukar jadi Dibayar dan resit rasmi dikeluarkan secara automatik. Tiada siapa perlu semak screenshot slip. Pesanan, QR, pengesahan dan follow-up berlaku dalam satu perbualan.

CARA IA BERFUNGSI

Dari soalan ke duit masuk, satu chat.

01

Pelanggan tanya dalam WhatsApp

AI jawab soalan harga, stok dan penghantaran guna senarai harga serta FAQ yang anda muat naik.

02

AI tutup jualan dan ambil pesanan

Bila pelanggan setuju, AI kumpul butiran pesanan dalam chat — tiada borang luar, tiada link yang pelanggan malas nak klik.

03

QR DuitNow, disahkan automatik

AI hantar QR DuitNow (atau link kad) ikut jumlah pesanan. Bila pelanggan bayar, gateway sahkan sendiri dan pesanan jadi Dibayar. Belum bayar? AI follow up.

APA IA BUAT

Bayaran, pesanan dan follow-up

AUTO-SAH

Bayaran disahkan gateway

Bila pelanggan bayar melalui QR WaRobot, gateway sahkan sendiri dan pesanan jadi Dibayar. Tiada semak slip, tiada "dah bayar ke belum?"

DUITNOW + KAD

QR ikut jumlah tepat

QR DuitNow dijana untuk setiap pesanan dengan jumlah yang betul — atau link kad untuk pelanggan yang suka kad.

RESIT

Resit rasmi automatik

Sebaik bayaran disahkan, resit rasmi dikeluarkan untuk pesanan itu.

PESANAN

Pesanan dalam chat

Katalog produk dan pesanan diambil terus dalam WhatsApp.

FOLLOW-UP

Kejar bayaran sendiri

Belum bayar? AI ingatkan pelanggan tanpa anda perlu buat apa-apa.

BAHASA

BM, English, 中文, தமிழ்

AI balas dalam bahasa pelanggan, bukan bahasa yang anda set.

APA IA TAK BUAT

Supaya anda tak terkejut kemudian

REALITI

WhatsApp Pay tiada di Malaysia

Tiada sesiapa boleh bayar dalam WhatsApp itu sendiri. Yang berlaku ialah QR atau link bayaran dihantar dalam chat. Sesiapa yang kata sebaliknya, tanya betul-betul.

SLIP

Screenshot slip tak dibaca AI

Auto-sah hanya untuk bayaran melalui QR atau link yang WaRobot hantar. Kalau pelanggan pindah wang dengan cara lain dan hantar screenshot, anda atau staf yang sahkan dalam inbox.

LOKASI

Kutipan dalam chat: Malaysia sahaja

Di luar Malaysia AI masih jawab pelanggan dan ambil pesanan, tapi bisnes kutip bayaran sendiri.

Soalan lazim

Boleh pelanggan bayar terus dalam WhatsApp?

Pelanggan bayar tanpa keluar dari perbualan — AI hantar QR DuitNow dalam chat, pelanggan scan guna app bank biasa mereka. WhatsApp Pay sendiri tiada di Malaysia, jadi tiada penyedia boleh proses bayaran dalam WhatsApp itu sendiri.

Macam mana saya tahu pelanggan dah bayar?

Bila pelanggan bayar melalui QR DuitNow atau link kad yang WaRobot hantar, gateway pembayaran sahkan bayaran itu sendiri — pesanan bertukar jadi Dibayar dalam dashboard dan resit rasmi dikeluarkan. Anda tak perlu semak screenshot slip. Hanya bayaran yang dibuat di luar QR WaRobot (contohnya pindahan terus ke akaun bank) perlu disemak oleh anda atau staf.

Apa beza QR WaRobot dengan QR bank yang saya hantar sendiri?

QR bank sendiri ialah QR statik: pelanggan taip jumlah sendiri, kemudian hantar screenshot, dan seseorang kena padankan slip dengan pesanan. QR WaRobot dijana untuk setiap pesanan dengan jumlah tepat dan disahkan oleh gateway — jadi tiada salah jumlah, tiada slip palsu yang terlepas, dan tiada staf yang kena semak satu-satu waktu promo.

Perlu developer untuk setup?

Tidak. Setup berlaku dalam WhatsApp sendiri melalui Aria, kira-kira 5 minit — sambung nombor, muat naik senarai harga dan FAQ, siap.

Berapa kos untuk mula?

Percubaan 14 hari dengan 1,000 mesej AI (kad diperlukan, tiada caj semasa percubaan). Kemudian RM99/bulan. Tiada yuran setup, tiada kontrak.

Malam ini, ada pelanggan akan WhatsApp bisnes anda.

Soalannya cuma satu: siapa yang akan balas? Setup 5 minit. Trial tamat apabila kredit habis atau selepas 14 hari, mana dahulu.

Tekan je dan sembang — tak perlu daftar, tak perlu kad kredit. Pukul 3 pagi pun boleh.
WhatsApp AgentSetup Agent